Thursday 19 January 2012

novel

assalamuallaikum gegirl semua. . boy? ( jarang beboys nak kelebek2 blog nie kan ) . o.0 . bersempena dengan title nie. banyak dah sekarng nie drama2 kat tv diadaptasikan melalui novel. mcm la nie. gemersik kalbu kan? . . aku dah baca novel 2 lama sangat dah. . novel 2 ada org hadiah time bezday aku yang bila tahun punya x taw la. i'm so sory x ingat . cita dia bnyak yang sejibik sebijik. tapi ada jugak yang x sama. contohnya. kematian wan ariffin kan. . dalam tv dia mati kena bunuh ngan peragut. dalam novel plak mati lemas . 2 la x semua cita nak kena sama kan. . mama kata larat depa nak buat bagi sama sebijik. betoi jugak noh. dalam novel 2 plak ana pakai tudung. dalm tv x pon. tapi comei gila kan ayu raudah! ayu ja. . sopan ja pakai. =) . suka. tapi x kan mampu tandingi ombak rindukan. ya allah. . sangat la bez. . . memang x rugi tengok. . 1st cita melayu kat movie kot aku tengok ngan syasya. serius. bukan belagak x mau tengok cita melayu. tapi klimaks dia x smpai mcm tengok movie2 omputih nie kan( mcm mana la filem melayu nak maju kan) bukan x tengok langsung. . tapi beli cd ja kat nat. pasaq malam ka. 5 ringgit ja. x rasa baziaq sangat. hhhuhu =='.. ya la duit x dak. kena la bagi poeh bila perabeh duit nak tengok movie.. cita omputih nie kita x taw apa akan jadi seturusnya so banyak la suspens yang ada kan? btw ombak rindu paling best kan. nak qeyau jugak la aku ngan syasya. . . (memang qeyau dah pon ).  paling best bila aku habiskan semua cita selanjutnya ombak rindu nie kan...... kesinambungan daripada ombak rindu CINTA.. TIADA AKHIRNYA. .memang best sebab aku boleh bayangkan sapa pelakon . memang hayati gilasss. . malaupun novel nie makin mereben rata ceroq,. tapi syiok la. . . mcm2 dugaan izzah. . . lepas novel 2. . novel ketiga fauziah asaari n. RINDU CINTAKU. .


Cinta Tiada Akhirnya - Fauziah Ashari



Sinopsis Belakang buku:


Rentetan Perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di Ombak Rindu dipanjangkan lagi di dalam 'Cinta....Tiada Akhirnya.


Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.



Inilah kisah.....CINTA .....TIADA AKHIRNYA, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati.



Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebar jiwa, CINTA....TIADA AKHIRNYA, akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.



Penerbit: INTENS



Petikan dari novel:

"Sabarlah. Kami telah menemui mayat seseorang yang sukar dikenali identitinya. Daripada hasil siasatan kami, banyak kemungkinan mayat itu isteri Encik Hariz tetapi mungkin jugak bukan. Encik Hariz boleh mengecam mayat dan untuk memastikan lagi, pihak forensik akan mengambil ujian DNA ke atas mayat itu"

:
:

Hari berganti hari, minggu bertukar dan kini hampir dua bulan Hariz hidup tanpa Izzah. Keputusan positif DNA ke atas mayat itu masih menghilangkan segala semangatnya untuk hidup.



Komen saya:



Citer nya suspens dan banyak scene yg menarik. Kisah Izzah juga yg seperti lurus bendul masih seperti wataknya di Ombak Rindu. Pakcik Taha muncul setelah melihat gambarnya di akhbar menjadi isteri Hariz pemilih Sufiah Holdings yg megah.

Dari situ Pakcik Taha telah memerangkap Izzah. Izzah diculik. Akhirnya Izzah terkorban di sungai.



Hariz pula mengambil Salleh adik kandungnya sebagai second man di Sufiah Holdings. Mila Amiliya xwife Hariz pula cuba menggodanya walaupun dia sendiri telah bertunang.

Semasa kehilangan Izzah, Salleh telah mengambil kesempatan ke atas HAriz dengan perancangan nya tersendiri.



Sementara itu Armand (anak Hariz dan Mila) di bela oleh keluarga sebelah Mila. Elin - adik Mila yang menjaga Armand sejak kecil mula tertarik dengan HAriz walaupun cintanya bagai bertepuk sebelah tangan. Ingatan Hariz terhadap aruah Izzah masih kental. Sehinggalah adik Hariz (Irah) membawa gambar2 gadis yg mirip Izzah ke rumahnya.



Hariz menjejak gambar gadis tersebut (Suri) ke kampungnya di Kota Tinggi. Disitulah dia bagai berjumpa semula dengan Izzahnya. Pelbagai cara dilakukan. *membacanya membuatkan kita tersenyum geli hati dengan cara2 Hariz tersebut.



Akhirnya semua rahsia terbongkar, dimana Suri merupakan kembar Izzah. Walaubagaimanapun Suri telah hilang sewaktu di kolej. Kemudian dijumpai oleh pemancing dan dibawa ke klinik. Disitu Izzah telah ditukar ke Suri kerana Izzah hilang ingatan, dan kebetulan pula keluarga Suri sedang mencari Suri, percaya Izzah tersebut adalah Suri.



Hariz akhirnya menyiasat dan mendapat semula Izzahnya....


Happy Ending..


Rindu Cintaku - Fauziah Ashari





Sinopsis Belakang buku:


Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.



Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoaannya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. NAmun membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.



Andainya mampu ditebus kesilapan apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? cinta tak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? Atau.... Nyawa?



Komen saya:



Sequel kesinambungan Ombak Rindu,, Cinta Tiada Akhirnya, kali ini Fauziah Ashari mengimbas kembali kisah2 Hariz dan Izzah. Rumahtangga mereka yang sentiasa tegang, Izzah yang dari Cinta Tiada Akhirnya, hilang ingatan dibawa ke dalam kemelut dunia perniagaan Sufiah Holdings.



Hariz terumbang-ambing setelah diuji dengan masalah pejabat. Dia telah tersisih oleh Sufiah Holdings hanya disebabkan orang ketiga yang berdendam dengannya.



Dalam novel ini, watak-watak dalam Ombak Rindu muncul kembali dan membawa pembaca ke dunia kejahatan dan penuh maksiat yang tidak terfikir oleh pembaca yang tenang. Pelbagai dugaan diuji atas Hariz mahupun Izzah.



Ada juga diselitkan watak ZulFaris dalan Setia Menanti dan menjadi bos kepada Izzah. Watak Kelvin dan Roland juga termasuk dalam novel kali ini, dan mewarnai cerita ini, bergaduh, pub dan arak....



Walaubagaimanapun, akhirnya mesti happy ending... Tapi kali ini dalam keadaan tenang dan tenteram... Tuan Haji Hariz...



Dekat 2-3 helai nak habis novel, rasa sedih pulak.



Bintang:

**** (syiok... 3 hari dah abis)



#COPY HAD BLOGMELAYU2. =) . tapi emmang betoi semua komen2 dia. =) syiok nak mampuih semua cita nie. smpai qeja rumah pagi2 pon malaeh gila nak buat kalut nak perabeh novel nie =) . . tapi novel nie pinjam kat pustakaan kg aku ja. . cari kat kedai x jumpa. haha. . .dah habeh cita. bye2 

No comments:

Post a Comment