Thursday 5 January 2012

kawan

assalamuallaikum. alhamdulillah kan. . masuk harinie dah sebulan aku habeh spm. rasa kejap gila. awat x nya. dalam sebulan nie menjelajah hampir kesemua negeri dimalaysia kecuali sabah serawak ( formal gila tulis ) . mcm x sangka kan. cepat ja masa berlalu. . .dalam sebulan nie juga banyak yang terjadi. . . kehilang kawan. . ya. kawan. . . bagi aku. Friends are born, not made. ramai yang x sedarkan. . berkawan perlu keikhlas. kejujuran. . kadang2 kita x nampak apa yang kawan kita buat 2 untuk kesenangan diri kita. . kawan patut ditegur. bukan dipulaukan kalu kawan buat satu benda yg x kena. . . lagi2 kawan baik. . kawan baik nie la yg kita cerita susah senang. sedih sakit kita. . kalu kongsi senang x pe =) semua nya best kan? but . how about sad story? persenol story? bgi kita kawan baik adalah tempat paling selamat untuk cita hal peribadi kita kan? bayangkan? kalu kita putus kawan dengan kawan baik sendiri? ., . . kalu dapat kawan baik yang alhamdulillah. ya syukurlah. x membuka pekong kita. . setiap yang berlaku ada hikmah. setiap yang terjadi ada pembalasan. dan ALLAH SWT tahu mana betol mana salah kan. . .tertarik dengan sebuat artikal. . :



Kawan Sejati
Masih mengenai kawan.

Saya pasti tentu setiap daripada kita mempunyai kawan. Kalau tidak kawan karib, kawan biasa-biasa. Ini adalah naluri manusia. Kita diciptakan untuk untuk saling bersosial dan berkomunikasi sesama sendiri. Cuba bayangkan hidup ini tanpa sesiapa untuk kita bercakap dan bermain? Tentu sunyi sepi, bukan.

Ada pula yang menghadapi masalah dalam mencari kawan dan hubungan itu sendiri. Kadang-kadang apabila kita berbuat baik kepada kawan, tidak pernah langsung diendahkan dan dihargai. Ada pula yang menikam dari belakang. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kawan jenis ini tidak berkualiti.

Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan.

Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi.

Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan, masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.

Bukanlah susah menjadi seorang kawan sejati. Kawan yang berkualiti dan ikhlas didalam perhubungan tersebut. Mari kita renungkan diri;


Adakah anda seorang kawan sejati?  kita sendiri taukan tahap kesejatian kita. acewahhhhh. . . 
btw. aku bersyukur. masih lagi yang mmpu sedaq kekurangan dan kelebihan diri aku nie. . dan terima dengan penuh keihlasan. . TERIMA KASIH KAWAN

No comments:

Post a Comment